AKU YANG BERDOSA - SHAHIR





Sejauh mana langkah ku di sana
Aku melupakan mu

Seluas mana kau beri padaku
Masih ku angkuh padamu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Segalanya Dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

CERITA LAWAK 1




 1) Harga Sebentuk Cincin

Di kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng melihat cincin. Dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling dan perasan ada promoter dekat belakangnya...

Promoter tu tanya la "Boleh saya bantu?"

Perempuan tu anggap promoter itu tak dengar la yang dia kentut jadi dia jawab "Berapa harga cincin ini?".

Promoter tu jawab, "Kalau tengok pun Puan boleh terkentut, saya pasti Puan akan terberak bila tau harganya".





2) ORANG GILA

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja )"Kamu tahu tak?"

Orang gila 2 :"Tahu apa?"Orang gila 1 :"Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"

Orang gila 2 : ( dalam hati )"Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 :"Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."

Dokter :"Kenapa?"

Orang gila 2 :"Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."

Dokter :"Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."

Orang gila 2 :"Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."

Dokter :"???"

DOA UNTUK PALESTIN

YA ALLAH YA TUHANKU, KAU BERIKAN PERTOLONGAN KEPADA UMAT ISLAM DI PALESTIN SESUNGGUHNYA MEREKA DIANIAYA OLEH YAHUDI LAKNATULLAH. YA ALLAH, ENGKAU MUSNAHKAN YAHUDI DENGAN SEDAHSYAT-DAHSYATNYA SEPERTI MANA ENGKAU PERNAH MENGHANTAR BURUNG-BURUNG ABABIL UNTUK MENGHANCURKAN TENTERA BERGAJAH MUSYRIKIN. 

ehsan gambar:google

SEGMEN JOM KAWAN


ASSALAMUALAIKUM WBT

join segmen INI
nak komen tentang blog pemilik segmen ni setakat ini saya tengok ok je,comel dan simple. saya bagi 95/100 untuk blog ni.
ada hadiah untuk pemenang segmen ni tau?
topup rm5 untuk 2 orang TOP REFERAL
2 review untuk 2 blogger bertuah (pilihan pemilik segmen)



TAHNIAH DLCW & DWMC 10/11/2012

sumber : google

SEGMEN UPKAN FOLLOWER SECARA TIBA-TIBA DAN MENDADAK

ASSALAMUALAIKUM
hai,malam ni nak ikut segmen(sila klik) ni lak ye? dah lama tak ikut segmen2 ni,update blog pun jarang.
dah berhabuk,berdebu dan bersawang juga blog ni kiranya. sebab dah kena tag,terus join je la. hahaha.
aku tag semua pembaca blog aku ni k.
printscreen follower terkini blog aku --------->
ok la..bye semua..

10 ORANG TERKAYA DUNIA 2012



CARLOS SLIM BERU,US$69 MILION
BILL GATES,US$61 MILION
WARREN BUFFET,US$44 MILION
BERNARD ARNAULT,
AMANCIO ORTEGA,US$37.5 MILION
LARRY ELLISON,US$36 MILION
EIKE BATISTA,US$30 MILION
STEFAN PERRSON,US$26 MILION
LI KA SHING,US$25.5 MILION
KARL ALBRECHT,US$25.4 MILION
ehsan sumber dan gambar: Google

10 BANGUNAN TERTINGGI DI DUNIA

Guang Zhou West Tower,CHINA
Kingkey 100,CHINA
Willis Tower,USA
Nanjing Greenland Financial Centre,CHINA
Menara Berkembar Petronas,MALAYSIA
International Commerce Centre,CHINA
Shanghai World Financial Centre,CHINA
Menara Taipei,TAIWAN
Menara Abraj AL Bait,MEKAH
Burj Khalifa,UAE


hari ni aku nak kongsi gambar bangunan pencakar langit tertinggi dunia. wah,bukan main tinggi,kalau sapa2 yang takut dengan ketinggian memang gayat punya lah. hahaha. okay, aku dah susun gambar ini secara menurun,bererti gambar yang paling bawah merupakan gambar menara tertinggi,dan gambar paling atas adalah bangunan yang ke10 tertinggi. banyak lagi bangunan pencakar langit yang tak di masukkan gambar dalam entri ini. kendian lah tu,aku pun dah penat setelah bekerja seharian. selamat malam semua. sayang korng. bye. 

ehsan sumber : Google



41 RAKAN BLOGGER FOLLOW BLOG MISTERI..TQVM!!

SALAM 1 MALAYSIA
nak update entri kali ni aku nak cerita semenjak join segmen hanif idrus ni rakan follower ku semakin bertambah. alhamdulillah,setakat entri ni di tulis follower dah mencapai 41 orang. sebagai blogger baru,pencapaian itu amat menggembirakan aku, tqvm semua. tapi sayangnya,aku hanya dapat follow rakan yang follow aku buat masa ni. kalau sorang yang follow,sorang la aku follow balik. kalau lima,maka 5 aku follow semula. bukan jual mahal,tapi dengan line slow ni susah sikit la..kengkadang nak buka blog punya la susah,asyik loadinggggg je,ruangan follower dan chat room antara yang lambat loading kalau line xok ni. huh,jenuh menunggu. :((.. tapi korang jangan la takut nak follow aku lak..koz bila aku nampak ada follower baru kat blog aku,cepat2 la aku cari link korang untuk follow balik,walau line aku lembab macam kura-kura. apapun,selamat berkenalan semua. love u alls.

TRAGEDI SERANGAN 11 SEPTEMBER 2001

Serangan 11 September 2001 (juga digelar 9/11) ialah empat siri serangan berani mati yang teratur oleh al-Qaeda ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001. Pada pagi itu, 19 orang pengganas al-Qaeda merampas empat buah kapal terbang penumpang komersil.[2][3] Para perampas itu sengaja menghempaskan dua pesawat itu ke dalam Menara Berkembar World Trade Center (Pusat Dagangan Dunia) di Bandar Raya New York, sekaligus mengorbankan nyawa semua penumpang dan kebanyakan pekerja dalam bangunan terbabit. Kedua-dua menara runtuh dalam masa dua jam, menyebabkan bangunan berdekatan turut musnah atau mengalami kerosakan. Mereka juga menghempaskan pesawat ketiga ke dalam bangunan Pentagon di Arlington, Virginia, dekat Washington, D.C. Kapal terbang yang keempat pula terhempas di atas kawasan berdekatan pekan Shanksville di negeri Pennsylvania setelah beberapa penumpang dan kakitangannya cuba merampas semula kapal terbang itu yang dihalakan oleh perampas ke arah Washington, D.C., untuk menyasar Bangunan Kapitol atau Rumah Putih. Semua penumpang keempat-empat pesawat terkorban.
Seramai 3,000 mangsa dan kesemua 19 perampas terkorban dalam serangan.[4] Menurut Jabatan Kesihatan Negeri New York, sehingga Jun 2009, sejumlah 836 orang yang bertindak memberi bantuan untuk tragedi ini, termasuk anggota bomba dan polis telah meninggal dunia.[4] Di kalangan 2,752 mangsa yang terkorban dalam serangan di World Trade Center adalah 343 orang bomba dan 60 orang polis dari Bandar Raya New York dan Lembaga Pelabuhan.[5] 184 orang lagi terkorban dalam serangan ke atas Pentagon.[6] Kebanyakan besar mangsa korban ialah orang awam, termasuk warga 70 negara.[7] Selain itu, terdapat sekurang-kurangnya satu kematian tak langsung, mati akibat penyakit paru-paru kerana terdedah kepada habuk runtuhan World Trade Center.[8]
Kesangsian cepat dilemparkan ke arah al-Qaeda. Ketuanya, Osama bin Laden mula-mula menafikan bahawa dia terlibat, tetapi pada tahun 2004, akhirnya, beliau mengakui bertanggungjawab mendalangi serangan itu.[1] Amerika Syarikat bertindak balas terhadap kejadian ini dengan melancarkan Perang Terhadap Keganasan, menyerang Afghanistan untuk menjatuhkan kumpulan Taliban yang melindungi ahli-ahli al-Qaeda, serta menggubal Akta PATRIOT Amerika Syarikat. Pada Mei 2011, barulah bin Laden ditemui lalu dibunuh. Banyak lagi negara lain yang turut mengukuhkan perundangan anti-pengganasan serta menambah kuasa penguatkuasa undang-undang. Beberapa bursa saham Amerika ditutup sepanjang minggu selepas serangan, kemudian mencatatkan kerugian teruk sebaik sahaja membuka semula, terutamanya industri penerbangan dan industri. Kemusnahan ruang pejabat bernilai beribu juta dolar telah menyebabkan ekonomi Lower Manhattan teruk terjejas.
Kerosakan Pentagon dibersihkan lalu dibaik pulih dalam masa setahun, dan sebuah Tugu Peringatan Pentagon didirikan dekat bangunan itu. Proses pembinaan semula telah dilancarkan di tapak World Trade Center. One World Trade Center yang baru kini sedang dibina di atas tapak itu dan dijangka siap pada tahun 2013. Tiga lagi menara dijangka dibina di atas tapak itu sekitar tahun 2007 hingga 2012.



SUMBER PENUH : wikipedia

MAAF..AKU BELUM DAPAT TERJAH DAN FOLLOW BLOG KORANG

Assalamualaikum

entri kali ini aku nak ambil peluang untuk memohon maaf pada rakan-rakan blogger yang terjah dan follow blog ni. kebelakangan ni aku sentiasa sibuk dan di tambah lagi dengan masalah broadband yang selalu melebihi quota. pada rakan yang sudi follow,terima kasih banyak2. jika keadaan mengizinkan aku akan singgah dan follow blog korang ye? tinggalkan jejak atau link kat ruangan segmen atau pun shoutbox,insyaALLAH aku akan terus follow korang. TQVM semua atas sokongan pada blogger baru seperti aku.

SEGMEN HANIF IDRUS SEGMEN MENERJAH

 saya ikut segmen ni
1. nak tambahkan kenalan blogger
2. nak berkongsi ilmu yang baik
3. nak tag 2 kawan yang juga masih kurang follower
dia dan dia

untuk maklumat lanjut tentang segmen ni sila klik kat sini ok.

TANDA-TANDA MALAM LAILATUR QADAR

Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :

  • Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
  • Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
  • Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
  • Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
  • Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.

Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini.


Tanda Dan Alamat
Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.

Hikmah
Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar

Kelebihan malam Lailatil Qadar
1. Rasullullah SAW menghidupkan 10 Ramadan terakhir dengan memperbanyakkan ibadat
- baginada menghidupkan malam dengan ibadat -
- membangunkan ahli keluarga untuk beribadat -
- bersunnguh-sungguh dalam beribadat -
- tidak mencampuri ister-isteri baginda -
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

dalam 10 malam terakhir ada satu malam istimewa dan penuh berkat di panggil Malam Lailatul Qadar di mana Al-Quran di turun kan seperti firman Allah yang membawa maksud “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada lailatulqadar.”  (al-Qadr,1)


Ibn Abbas berkata, Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari al-Loh al-Mahfuz ke Bait al-E’zzah yang terletak di  langit dunia. Kemudian ia turunkan secara berperingkat kepada Rasulullah SAW,  selama 23 tahun. Lailatulqadar disifatkan lebih baik  berbanding 1,000 bulan. Firman Allah bermaksud, “lailatulqadar lebih baik  daripada 1,000 bulan”. (al-Qadr, 3) Pada malam ini juga disifatkan sebagai  malam yang penuh berkat. Firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan, ayat 4  bermaksud, “Sesungguhnya Kami turunkannya (al- Quran) pada malam yang  diberkati”. 

Pada malam itu juga turunnya Malaikat memenuhi bumi ini. Dan Malaikat turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam itu. Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia.  Firman Allah SWT yang maksudnya, “Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang  penuh hikmah”. (al-Dukhan, 4) Apa yang dimaksudkan melalui tafsir  ‘urusan yang penuh hikmah’ itu ialah pada malam berkenaan Allah menentukan umur,  rezeki dan ajal manusia.Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha  Penyayang juga mengampunkan hamba- Nya yang menghidupkan malam-malam berkenaan  dengan ibadah dan zikrullah (penghayatan terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah)  penuh rasa keimanan dan pengharapan. Nabi SAW bersabda, bermaksud: “Carilah lailatulqadar pada malam 10 terakhir Ramadan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW bersabda lagi bermaksud: 
“Carilah lailatulqadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir”. (Riwayat Bukhari)

(Sumber Pembacaan : Google)

ZAKAT FITRAH

Hikmah Zakat Fitrah
Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma ia berkata:
فَرَضَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِيْنِ
Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah sebagai penyuci bagi orang yg berpuasa dari perbuatan yg sia-sia dan kata-kata kotor serta sebagai pemberian makanan utk orang2 miskin.”


Hukum Zakat Fitrah
Pendapat yg terkuat zakat fitrah hukum wajib. Ini merupakan pendapat jumhur ulama di antara mereka adl Abul Aliyah Atha’ dan Ibnu Sirin sebagaimana disebutkan Al-Imam Al-Bukhari. Bahkan Ibnul Mundzir telah menukil ijma’ atas wajib fitrah walaupun tdk benar jika dikatakan ijma’. Namun ini cukup menunjukkan bahwa majoriti para ulama berpandangan wajib zakat fitrah.

Dasar mereka adl hadits Nabi SWT:
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ فَرَضَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيْرٍ عَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّ وَالذَّكَرِ وَاْلأُنْثَى وَالصَّغِيْرِ وَالْكَبِيْرِ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوْجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ
Dari Ibnu Umar RA ia mengatakan: “Rasulullah SAW menfardhukan zakat fitri satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum atas budak sahaya orang merdeka laki2 wanita kecil dan besar dari kaum muslimin. Dan Baginda memerintahkan utk ditunaikan sebelum keluar orang2 menuju shalat .”

Dalam lafadz Al-Bukhari yg lain:
أمر النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِزَكَاةِ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيْرٍ
“Nabi memerintahkan zakat fitri satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum.”
Dari dua lafadz hadits tersebut nampak jelas bagi kita bahwa Nabi menfardhukan dan memerintahkan sehingga hukum zakat fitrah adl wajib.


Siapa yg Wajib Berzakat Fitrah?
Nabi SAW telah menerangkan dlm hadits sebelum bahwa kewajiban tersebut dikenakan atas semua orang besar ataupun kecil laki2 ataupun perempuan dan orang merdeka maupun budak hamba sahaya. Akan tetapi utk anak kecil diwakili oleh wali dlm mengeluarkan zakat. Ibnu Hajar mengatakan: “Yang nampak dari hadits itu bahwa kewajiban zakat dikenakan atas anak kecil namun perintah tersebut tertuju kepada walinya. Dengan demikian kewajiban tersebut ditunaikan dari harta anak kecil tersebut. Jika tdk punya mk menjadi kewajiban yg memberi nafkah ini merupakan pendapat jumhur ulama.”
Nafi’ mengatakan:
فَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يُعْطِي عَنِ الصَّغِيْرِ وَالْكَبِيْرِ حَتَّى إِنْ كَانَ لِيُعْطِي عَنْ بَنِيَّ
“Dahulu Ibnu ‘Umar menunaikan zakat anak kecil dan dewasa sehingga dia dulu benar-benar menunaikan zakat anakku.”
Demikian pula budak hamba sahaya diwakili oleh tuannya.

SEGMEN~AKU TERJAH! AKU FOLLOW! APAKAH ITU?

ASSALAMUALAIKUM WBT

salam ceria buat pembaca blog bicara seorang aku. entri kali ni berkisar tentang segmen yang di tag oleh sis kathy ke blog aku. TQVM sis. sebenarnya tujuan aku nak join segmen ni adalah untuk menambahkan bilangan pembaca blog aku ni. mana tau ada yang sudi untuk follow,maklum sajalah aku ni blogger baru yang belum ramai lagi kawan2 di alam maya ini..tak macam korang,ada yang dah berpuluh,beratus malah beribu pengikut yang membaca apa yang korang tulis tapi aku,mungkin aku tulis aku jugak yang baca ye?hahaha. 
pendekkan cerita,kat sini aku sertakan lah senarai blog yang aku pilih untuk join segmen ni. harap2 diorang belum follow lagi blog encik Khairul Azizi ni ye?
2. jie

ok,ini saja buat kali ni. salam sayang buat semua.salam Ramadan Al Mubarak. bye korang.

YOU'NEVER WALK ALONE




TEAM liverpool fc 2011/2012

Pepe Reina, Brad Freidel, Brad Jones, Glen Johnson, Martin Kelly, Jamie Carragher, Martin Skrtel, Brede Hangeland, Daniel Agger, Jose Enrique, Fabio Aurelio, John Flannagan, Jay Spearing, Alberto Aquilani, Lucas Leiva, Charlie Adam, Steven Gerrard, Raul Meireles, Eden Hazard, Ashley Young, Dirk Kuyt, Luis Suarez, Andy Carroll.




KEBAIKAN SOLAT TARAWIH

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.



2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

RUKUN PUASA



  • Rukun puasa ada dua

    1. Berniat pada malam harinya
    2. Menahan diri dari hal-hal yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sampai terbenam matahari.






  • Sunat puasa

    Hal-hal berikut disunatkan saat berpuasa:

    1. Makan sahur dan melambatkannya
    2. Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
    3. Menjamu orang-orang berbuka puasa
    4. Memperbanyak ibadah dan berbuat kebaikan.

    Hal yang membatalkan puasa

    Sedangkan hal-hal berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:

    1. Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada penilaian dan PERBANDINGAN yang sedikit pun, seperti memakan sisa makanan kecil yang dilekatkan pada celah gigi dan lain-lain lagi.
    2. Muntah dengan sengaja
    3. Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
    4. Keluar darah haid atau nifas
    5. Gila (hilang akal)
    6. Pitam (termasuk pingsan) atau mabuk sepanjang hari.
    7. Rokok disiang hari. (Termasuk menghisap ganja atau narkoba)
    8. Murtad (keluar dari Islam)
    9. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyemprot parfum atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka karena ingin berwudhu atau mengurangi sakit dan ketidaknyamanan pada rongga (dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

    Mereka yang diizinkan berbuka


    Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:

    1. Orang yang sakit.
    2. Orang yang bekerja buruh.
    3. Orang yang dalam musafir (perjalanan).
    4. Orang tua yang sudah lemah.
    5. Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.