41 RAKAN BLOGGER FOLLOW BLOG MISTERI..TQVM!!

SALAM 1 MALAYSIA
nak update entri kali ni aku nak cerita semenjak join segmen hanif idrus ni rakan follower ku semakin bertambah. alhamdulillah,setakat entri ni di tulis follower dah mencapai 41 orang. sebagai blogger baru,pencapaian itu amat menggembirakan aku, tqvm semua. tapi sayangnya,aku hanya dapat follow rakan yang follow aku buat masa ni. kalau sorang yang follow,sorang la aku follow balik. kalau lima,maka 5 aku follow semula. bukan jual mahal,tapi dengan line slow ni susah sikit la..kengkadang nak buka blog punya la susah,asyik loadinggggg je,ruangan follower dan chat room antara yang lambat loading kalau line xok ni. huh,jenuh menunggu. :((.. tapi korang jangan la takut nak follow aku lak..koz bila aku nampak ada follower baru kat blog aku,cepat2 la aku cari link korang untuk follow balik,walau line aku lembab macam kura-kura. apapun,selamat berkenalan semua. love u alls.

TRAGEDI SERANGAN 11 SEPTEMBER 2001

Serangan 11 September 2001 (juga digelar 9/11) ialah empat siri serangan berani mati yang teratur oleh al-Qaeda ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001. Pada pagi itu, 19 orang pengganas al-Qaeda merampas empat buah kapal terbang penumpang komersil.[2][3] Para perampas itu sengaja menghempaskan dua pesawat itu ke dalam Menara Berkembar World Trade Center (Pusat Dagangan Dunia) di Bandar Raya New York, sekaligus mengorbankan nyawa semua penumpang dan kebanyakan pekerja dalam bangunan terbabit. Kedua-dua menara runtuh dalam masa dua jam, menyebabkan bangunan berdekatan turut musnah atau mengalami kerosakan. Mereka juga menghempaskan pesawat ketiga ke dalam bangunan Pentagon di Arlington, Virginia, dekat Washington, D.C. Kapal terbang yang keempat pula terhempas di atas kawasan berdekatan pekan Shanksville di negeri Pennsylvania setelah beberapa penumpang dan kakitangannya cuba merampas semula kapal terbang itu yang dihalakan oleh perampas ke arah Washington, D.C., untuk menyasar Bangunan Kapitol atau Rumah Putih. Semua penumpang keempat-empat pesawat terkorban.
Seramai 3,000 mangsa dan kesemua 19 perampas terkorban dalam serangan.[4] Menurut Jabatan Kesihatan Negeri New York, sehingga Jun 2009, sejumlah 836 orang yang bertindak memberi bantuan untuk tragedi ini, termasuk anggota bomba dan polis telah meninggal dunia.[4] Di kalangan 2,752 mangsa yang terkorban dalam serangan di World Trade Center adalah 343 orang bomba dan 60 orang polis dari Bandar Raya New York dan Lembaga Pelabuhan.[5] 184 orang lagi terkorban dalam serangan ke atas Pentagon.[6] Kebanyakan besar mangsa korban ialah orang awam, termasuk warga 70 negara.[7] Selain itu, terdapat sekurang-kurangnya satu kematian tak langsung, mati akibat penyakit paru-paru kerana terdedah kepada habuk runtuhan World Trade Center.[8]
Kesangsian cepat dilemparkan ke arah al-Qaeda. Ketuanya, Osama bin Laden mula-mula menafikan bahawa dia terlibat, tetapi pada tahun 2004, akhirnya, beliau mengakui bertanggungjawab mendalangi serangan itu.[1] Amerika Syarikat bertindak balas terhadap kejadian ini dengan melancarkan Perang Terhadap Keganasan, menyerang Afghanistan untuk menjatuhkan kumpulan Taliban yang melindungi ahli-ahli al-Qaeda, serta menggubal Akta PATRIOT Amerika Syarikat. Pada Mei 2011, barulah bin Laden ditemui lalu dibunuh. Banyak lagi negara lain yang turut mengukuhkan perundangan anti-pengganasan serta menambah kuasa penguatkuasa undang-undang. Beberapa bursa saham Amerika ditutup sepanjang minggu selepas serangan, kemudian mencatatkan kerugian teruk sebaik sahaja membuka semula, terutamanya industri penerbangan dan industri. Kemusnahan ruang pejabat bernilai beribu juta dolar telah menyebabkan ekonomi Lower Manhattan teruk terjejas.
Kerosakan Pentagon dibersihkan lalu dibaik pulih dalam masa setahun, dan sebuah Tugu Peringatan Pentagon didirikan dekat bangunan itu. Proses pembinaan semula telah dilancarkan di tapak World Trade Center. One World Trade Center yang baru kini sedang dibina di atas tapak itu dan dijangka siap pada tahun 2013. Tiga lagi menara dijangka dibina di atas tapak itu sekitar tahun 2007 hingga 2012.



SUMBER PENUH : wikipedia

MAAF..AKU BELUM DAPAT TERJAH DAN FOLLOW BLOG KORANG

Assalamualaikum

entri kali ini aku nak ambil peluang untuk memohon maaf pada rakan-rakan blogger yang terjah dan follow blog ni. kebelakangan ni aku sentiasa sibuk dan di tambah lagi dengan masalah broadband yang selalu melebihi quota. pada rakan yang sudi follow,terima kasih banyak2. jika keadaan mengizinkan aku akan singgah dan follow blog korang ye? tinggalkan jejak atau link kat ruangan segmen atau pun shoutbox,insyaALLAH aku akan terus follow korang. TQVM semua atas sokongan pada blogger baru seperti aku.

SEGMEN HANIF IDRUS SEGMEN MENERJAH

 saya ikut segmen ni
1. nak tambahkan kenalan blogger
2. nak berkongsi ilmu yang baik
3. nak tag 2 kawan yang juga masih kurang follower
dia dan dia

untuk maklumat lanjut tentang segmen ni sila klik kat sini ok.