Memaparkan catatan dengan label cerita ku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita ku. Papar semua catatan

AL FATIHAH

google
Buat ayah ku Haji Arbain Mastur yang telah kembali ke rakmatullah pada 8 Mac 2014 di Tawau,Sabah.Moga arwah ayah di tempatkan bersama orang² yang beriman dan di sayangiNYA.amin!!
ketika ini admin berada di tawau bersama adik dan ibu. moga semua tabah dengan kehilangan ini.Allah lebih menyayangi ayah.

WAJAH BLOG 2014


ASSALAMUALAIKUM..

setelah beberapa lama menggunakan background gelap,akhirnya aku ambik keputusan nak ubah lagi menjelang 2014.selalu tiada kesempatan untuk on blog ini kerana sibuk dengan kerja. kali ini pemilihan warna hijau cair rasanya sesuai untuk aku.tak sakit mata memandang.template masih di kekalkan lagi,tak tahu bila nak ubah.lagipun aku bukan pakar koding.

oklah wajah sekarang daripada tiada pembaharuan langsung pada blog inikan?harap korang seudilah juga singgah berkunjung ke sini walaupun aku jarang menjenguk dan blog jadi sunyi tanpa entri.maafkan aku,tapi kena utamakan yang mana lebih penting dulu.



KEMBALI BEKERJA ESOK

ASSALAMUALAIKUM..
hari bercuti telah habis,tibalah masa untuk bertugas semula. aku selamat kembali ke penang setelah bercuti raya seminggu di kota tinggi di rumah kakak +Kathy Rbain . malam raya tu aku naik flight ke senai dari bayan lepas,dan tiba di sana aku di tunggu oleh abang ipar ku. jauh juga perjalanan dari senai ke kota tinggi,alhamdulillah kami sampai juga. semalam aku balik menaiki bas ekspres dari larkin ke penang,alhamdulillah,segalanya di permudahkan untuk kami (penumpang bas) dan selamat sampai penang. bercerita tentang raya,macam biasa sahaja,sedih meninggalkan bulan ramadhan yang mulia. apapun,lebih teringat kepada mak ayah di tawau sabah yang jauh di mata. ayah semakin uzur sekarang. harap2 murah rezeki aku dapat balik beraya bersama mereka di sanan nanti.inshaAllah. esok aku dah bekerja kembali,tentu ramai rakan2 pun sama jugak kan?apa pun,selamat bertugas buat semua... :)
RAYA 2012: bersama mak,ayah dan adik

RAYA 2012:bersama mak,ayah,adik dan anak buah