Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.
Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :
- Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
- Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
- Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
- Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
- Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.
Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini.
Tanda Dan Alamat
Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.
Hikmah
Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar
- baginada menghidupkan malam dengan ibadat -
- membangunkan ahli keluarga untuk beribadat -
- bersunnguh-sungguh dalam beribadat -
- tidak mencampuri ister-isteri baginda -
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
dalam 10 malam terakhir ada satu malam istimewa dan penuh berkat di panggil Malam Lailatul Qadar di mana Al-Quran di turun kan seperti firman Allah yang membawa maksud “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada lailatulqadar.” (al-Qadr,1)
Ibn Abbas berkata, Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari al-Loh al-Mahfuz ke Bait al-E’zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia turunkan secara berperingkat kepada Rasulullah SAW, selama 23 tahun. Lailatulqadar disifatkan lebih baik berbanding 1,000 bulan. Firman Allah bermaksud, “lailatulqadar lebih baik daripada 1,000 bulan”. (al-Qadr, 3) Pada malam ini juga disifatkan sebagai malam yang penuh berkat. Firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan, ayat 4 bermaksud, “Sesungguhnya Kami turunkannya (al- Quran) pada malam yang diberkati”.
Kelebihan malam Lailatil Qadar
1. Rasullullah SAW menghidupkan 10 Ramadan terakhir dengan memperbanyakkan ibadat- baginada menghidupkan malam dengan ibadat -
- membangunkan ahli keluarga untuk beribadat -
- bersunnguh-sungguh dalam beribadat -
- tidak mencampuri ister-isteri baginda -
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
dalam 10 malam terakhir ada satu malam istimewa dan penuh berkat di panggil Malam Lailatul Qadar di mana Al-Quran di turun kan seperti firman Allah yang membawa maksud “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada lailatulqadar.” (al-Qadr,1)
Ibn Abbas berkata, Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari al-Loh al-Mahfuz ke Bait al-E’zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia turunkan secara berperingkat kepada Rasulullah SAW, selama 23 tahun. Lailatulqadar disifatkan lebih baik berbanding 1,000 bulan. Firman Allah bermaksud, “lailatulqadar lebih baik daripada 1,000 bulan”. (al-Qadr, 3) Pada malam ini juga disifatkan sebagai malam yang penuh berkat. Firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan, ayat 4 bermaksud, “Sesungguhnya Kami turunkannya (al- Quran) pada malam yang diberkati”.
Pada malam itu juga turunnya Malaikat memenuhi bumi ini. Dan Malaikat turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam itu. Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah SWT yang maksudnya, “Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah”. (al-Dukhan, 4) Apa yang dimaksudkan melalui tafsir ‘urusan yang penuh hikmah’ itu ialah pada malam berkenaan Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang juga mengampunkan hamba- Nya yang menghidupkan malam-malam berkenaan dengan ibadah dan zikrullah (penghayatan terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah) penuh rasa keimanan dan pengharapan. Nabi SAW bersabda, bermaksud: “Carilah lailatulqadar pada malam 10 terakhir Ramadan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW bersabda lagi bermaksud:
“Carilah lailatulqadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir”. (Riwayat Bukhari)
(Sumber Pembacaan : Google)
(Sumber Pembacaan : Google)