CERITA LAWAK 1




 1) Harga Sebentuk Cincin

Di kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng melihat cincin. Dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling dan perasan ada promoter dekat belakangnya...

Promoter tu tanya la "Boleh saya bantu?"

Perempuan tu anggap promoter itu tak dengar la yang dia kentut jadi dia jawab "Berapa harga cincin ini?".

Promoter tu jawab, "Kalau tengok pun Puan boleh terkentut, saya pasti Puan akan terberak bila tau harganya".





2) ORANG GILA

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja )"Kamu tahu tak?"

Orang gila 2 :"Tahu apa?"Orang gila 1 :"Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"

Orang gila 2 : ( dalam hati )"Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 :"Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."

Dokter :"Kenapa?"

Orang gila 2 :"Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."

Dokter :"Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."

Orang gila 2 :"Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."

Dokter :"???"