sesungguhnya hanya Engkau Maha Mengetahui setiap kejadian di langit dan di bumi. aku hanya berserah dan bermohon pada Mu untuk meneruskan kelangsungan hidup ku di dunia ini. bantulah hambaMu daripada terus melangkah ke jalan yang tidak Kau redhai. Amin
DOA HARI INI
Label:
doa
BR1M 2.0 | SYUKUR AKU DAPAT !!!!
ASSALAMUALAIKUM,,!!!
dah lama tak update n3 tapi aku tetap sayang blog hijau aku ni. nak cerita sikit tentang permohonan BR1M aku yang telah di luluskan. alhamdulillah,dapat juga aku duit bantuan tu yang dikhaskan untuk belia sebanyak RM250. memang happy sangat,siapa nak bagi jumlah macam tu sekelip mata tanpa kerja kan?macam duit jatuh dari langitkan?apapun,walau banyak aku dengar komen2 negatif tentang pemberian BR1M ni namun aku tak nak ambik pot sangat.pendapat aku kita harus bersyukur dengan bantuan yang di hulurkan walau dari pihak mana pun.kita sebaga manusia yang di beri akal dan kuasa bertindak pasti ada pendirian dan tidak mudah terikut2. sebesar mana propaganda itu jika kita ada prinsip tak akan goyah punya.banyak insan2 yang memerlukan bantuan sebegini.apa yang aku boleh komen "TERIMA KASIH PADA PM DAN KERAJAAN MALAYSIA".
nota hijau : tak suka bercerita tentang politik
Label:
BR1M
GLOOMY SUNDAY
Lirik lagu : Gloomy Sunday
Sunday is gloomy
My hours are slumberless
Dearest the shadows
I live with are numberless
Little white flowers
Will never awaken you
Not where the black coaches
Sorrow has taken you
Angels have no thoughts
Of ever returning you
Wouldn’t they be angry
If I thought of joining you?
Gloomy sunday
Gloomy is sunday
With shadows I spend it all
My heart and I have decided
To end it all
Soon there’ll be candles and prayers
That are said I know
But let them not weep
Let them know
That I’m glad to go
Death is no dream
For in death I’m caressi’n you
With the last breath of my soul
I’ll be blessin’ you
Gloomy sunday
Dreaming
I was only dreaming
I wake and I find you asleep
In the deep of my heart here
Darling I hope
That my dream never haunted you
My heart is tellin’ you
How much I wanted you
Gloomy sunday
My hours are slumberless
Dearest the shadows
I live with are numberless
Little white flowers
Will never awaken you
Not where the black coaches
Sorrow has taken you
Angels have no thoughts
Of ever returning you
Wouldn’t they be angry
If I thought of joining you?
Gloomy sunday
Gloomy is sunday
With shadows I spend it all
My heart and I have decided
To end it all
Soon there’ll be candles and prayers
That are said I know
But let them not weep
Let them know
That I’m glad to go
Death is no dream
For in death I’m caressi’n you
With the last breath of my soul
I’ll be blessin’ you
Gloomy sunday
Dreaming
I was only dreaming
I wake and I find you asleep
In the deep of my heart here
Darling I hope
That my dream never haunted you
My heart is tellin’ you
How much I wanted you
Gloomy sunday
Misteri lagu berjudul “Gloomy Sunday” yang dicipta oleh seorang
penggubah lagu bernama Reszo Seress yang berketurunan Hungary masih
belum terungkai lagi sehingga ke hari ini. Semuanya bermula pada tahun
1932 di mana Resza Seress berimpian menjadi terkenal dalam dunia muzik
di Paris tidak kesampaian kerana semua lagu ciptaannya tidak mendapat
perhatian dari penerbit muzik di negara itu. Reszo Seress tidak berputus
asa demi mencapai impiannya namun masalah mula timbul apabila tunangnya
meminta agar Reszo Seress mencari kerja tetap yang menjamin masa depan.
Pada hari ahad yang bersejarah pertengkaran hebat antara Seress dan
tunangnya telah berlaku berhubung kerjayanya mengundang perpisahan di
antara mereka disulami dendam dan benci di antara satu sama lain.
Selepas pertengkaran tersebut Seress duduk di hadapan piano di rumahnya
sambil merenung langit menerusi tingkap. Cuaca yang mendung ketika itu
mula bertukar suasana apabila hujan mulai turun. “Ahad yang suram,”
Seress berkata sendiri sambil memetik piano dan jarinya mula memainkan
melodi seolah-olah mencerminkan kekecewaan yang dirasakan sewaktu
berpisah dengan tunangnya. “Ya! Ahad yang suram (Gloomy Sunday)! Itu
akan menjadi tajuk lagu baru aku,” kata Suress sendirian dengan gembira.
Dia mencapai pensel lalu menulis nota muzik dan selesai menggubah lagu
itu dalam masa 30 minit.
Kemudiannya Seress telah menghantar lagu barunya itu kepada seorang
penerbit muzik dan berharap lagu kali ini akan diterima. Beberapa hari
kemudian, lagu itu dikembalikan dengan nota penolakan yang mengatakan
melodi Gloomy Sunday terlalu menyedihkan dan mereka tidak dapat
menerimanya. Seterusnya lagu itu dihantar kepada penerbit lain dan kali
ini ia diterima. Penerbit berkenaan memberitahu Seress bahawa lagunya
akan diedarkan ke seluruh dunia dan ini cukup menggembirakan Seress.
Namun beberapa bulan selepas Gloomy Sunday disiarkan berlaku kejadian
aneh yang semuanya dikaitkan dengan lagu berkenaan. Di bawah ini
terdapat beberapa insiden yang berkaitan Gloomy Sunday.
Insiden Pertama
Di Berlin, seorang lelaki meminta lagu Gloomy Sunday dimainkan dan
kemudian dia kembali ke rumah lalu menembak kepalanya selepas mengadu
amat tertekan dengan melodi lagu itu yang sentiasa bermain di dalam
fikirannya.
Insiden Kedua
Seminggu kemudian di bandar sama seorang pembantu kedai wanita
ditemui tergantung di rumahnya. Polis yang menyiasat kes itu menemui
salinan lagu Gloomy Sunday di dalam bilik tidur gadis itu.
Insiden Ketiga
Seorang setiausaha muda di New York telah membunuh diri. Pada nota
yang ditemui dia meminta agar lagu Gloomy Sunday dimainkan pada hari
pengebumiannya.
Insiden Keempat
Beberapa minggu kemudian seorang lagi penduduk New York berusia 82
tahun membunuh diri dengan melompat dari tingkat tujuh pangsapurinya
selepas memainkan lagu Gloomy Sunday dengan piano. Tidak lama kemudian
seorang remaja di Rome yang mendengar lagu itu membunuh diri dengan
melompat dari jambatan.
Insiden Kelima
Sebuah akhbar melaporkan kes seorang wanita di utara London yang
memainkan lagu berkenaan sebanyak 78 kali tanpa henti di rumahnya
sehingga menakutkan dan menaikkan kemarahan jirannya. Mereka mengetuk
rumah wanita berkenaan tetapi tiada sebarang jawapan. Mereka akhirnya
memecah masuk ke dalam rumah itu dan mendapati wanita berkenaan sudah
meninggal dunia.
Insiden Keenam
Kematian demi kematian aneh yang dikaitkan dengan Gloomy Sunday
memaksa pegawai atasan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melarang lagu
itu dimainkan. Keanehan itu turut dirasakan penggubahnya, Seress. Dia
kemudiannya telah menulis surat kepada bekas tunangnya agar mereka
berbaik semula. Namun beberapa hari kemudian dia menerima berita
mengejutkan apabila polis memberitahu tunangnya membunuh diri dengan
meminum racun. Di sisi mayatnya salinan lagu Gloomy Sunday ditemui.
Pada akhir 1930-an, apabila dunia memerangi Adolf Hitler lagu
berkenaan telah dilupakan. Salinan lagu ini masih boleh didapati tetapi
tidak ramai berani mendengarnya selepas mengetahui sumpahannya. Namun
insiden tidak berhenti di situ sahaja apabila beberapa tahun kemudian
ianya berlaku sekali lagi.
Insiden Ketujuh
Januari 1968, selepas 35 tahun berlalu kini giliran Reszo Seress
menjadi mangsa. Dia gagal membunuh diri dengun terjun dari bangunan.
Tidak lama kemudian dia ditemui mati gantung diri dengan menggunakan
wayar di hospital.
Insiden Kelapan
Tahun 1997, Billy Mackenzie penyanyi yang merakam lagu Gloomy Sunday pada tahun 1982 juga mati membunuh diri di rumah ayahnya.
Lagu Gloomy Sunday ini juga dijadikan soundtrack dari sebuah filem
yang cukup popular ketika itu. Filem itu mempunyai tajuk yang sama
dengan lagu tersebut. Filem Gloomy Sunday mengisahkan sebuah hubungan
segitiga seorang wanita pemilik restoran di Hungaria. Selain itu ada
pihak mendakwa apabila lagu Gloomy Sunday ini dimainkan secara instrumen
saja pendengarnya akan tertidur dan mengalami mimpi buruk. Di negara
asal Reszo Seress iaitu Hungaria telah melarang keras lagu Gloomy Sunday
disiarkan kerana telah meyebabkan peningkatan kes bunuh diri di negara
tersebut. Kini lagu Gloomy Sunday mempunyai pelbagai versi dan penyanyi
yang mendendangkan lagu itu namun tiada siapa mahu mendengar lagu asal
Gloomy Sunday ini kerana takut akan sumpahannya.
SUMBER PENUH : NIZARAZU
Label:
kisah misteri dan mistik
F.R.I.E.N.D.S
Label:
koleksi gambar
Langgan:
Catatan (Atom)