KEMBALI BEKERJA ESOK

ASSALAMUALAIKUM..
hari bercuti telah habis,tibalah masa untuk bertugas semula. aku selamat kembali ke penang setelah bercuti raya seminggu di kota tinggi di rumah kakak +Kathy Rbain . malam raya tu aku naik flight ke senai dari bayan lepas,dan tiba di sana aku di tunggu oleh abang ipar ku. jauh juga perjalanan dari senai ke kota tinggi,alhamdulillah kami sampai juga. semalam aku balik menaiki bas ekspres dari larkin ke penang,alhamdulillah,segalanya di permudahkan untuk kami (penumpang bas) dan selamat sampai penang. bercerita tentang raya,macam biasa sahaja,sedih meninggalkan bulan ramadhan yang mulia. apapun,lebih teringat kepada mak ayah di tawau sabah yang jauh di mata. ayah semakin uzur sekarang. harap2 murah rezeki aku dapat balik beraya bersama mereka di sanan nanti.inshaAllah. esok aku dah bekerja kembali,tentu ramai rakan2 pun sama jugak kan?apa pun,selamat bertugas buat semua... :)
RAYA 2012: bersama mak,ayah dan adik

RAYA 2012:bersama mak,ayah,adik dan anak buah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan